TAUHU TELUR SOS TIRAM
Bahan:
2 batang tauhu telur- dipotong dan digoreng
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu besar udang kering - digoreng
2 sudu besar sos tiram
sedikit minyak bijan
perasa dan gula
Cara Penyediaan:
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak dan setitik dua minyak bijan, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan lada sulah , kacau dan masukkan sos tiram. Tambahkan air sikit.
Sesuaikan rasa dengan tambaha garam dan gula.
Masukkan tauhu telur dan udang kering yang dah digoreng tadi.
Kacau sekejap dan siap dihidang.