AYAM MASAK LEMON
Bahan-bahan
3 keping dada ayam yang dipotong dadu (lebih kurang 400gm)
Perapan
1 sudu makan kicap soya (guna kicap pekat atau kicap manis)
1/2 sk garam
Bancuhan tepung
2 biji telur
1/4 cawan tepung jagung (kalau cair sangat adunan, tambahlah dalam sesudu sudu makan lagi)
1/2 sk baking powder
secubit lada putih
dan minyak secukupnya untuk menggoreng
Sos lemon
1/3 cawan gula
1/2 kiub ayam dan bancuh dengan 1 cawan air (resepi asal pakai chicken broth)
1 1/2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan perahan jus lemon
3/4 sk garam
2 potongan nipis buah lemon
2 sudu makan minyak
sedikit pewarna kuning
Cara-cara
Perap potongan ayam dengan bahan-bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Bancuh bahan-bahan bancuhan tepung sehingga sebati. Panaskan minyak. Salutkan potongan ayam dengan bancuhan tepung. Goreng sehingga masak dan bertukar warna agak perang
Sediakan sos. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar kecuali minyak dan potongan lemon. Gaul sebati
Masukkan potongan lemon.
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan sos tadi dalam kuali. kacau seketika sehingga agak pekat.
Tutup api. Tuangkan sos ke atas ayam. kalau tak suka ayam soggy, asingkanlah sos dengan ayam.